|
||||||||||
DARI MEJA YDP PIBG (TUAN NAPRI BIN SAHLAN) Saudara saudari pelanggan internet yang dihormati sekalian. Selamat bertemu dan berkenalan. Semoga anda sentiasa di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Sejahtera selalu serta dapat melaksanakan apa juga tanggungjawab sama ada sebagai seorang pemimpin ataupun seorang ketua, hendaklah berlaku adil dalam memberi keputusan. Pertama kali diberi peluang untuk menyampaikan kata-kata dalam ruangan ini. Selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, terima kasih kepada ibu bapa serta guru sekolah ini memilih saya sebagai YDP bagi sessi 2005 / 2006. Sesungguhnya kepercayaaan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya merupakan satu beban yang mesti dipikul untuk menentukan perjalanan sekolah ini sentiasa berada di hadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Menjadi harapan saya selepas memegang jawatan ini untuk memastikan visi sekolah ini, mewujudkan sekolah yang berkualiti, cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah / disiplin pelajar dan pengurusan bagi mencapai wawasan pendidikan Negara. PIBG akan memberi idea dan sokongan penuh guru-guru sekolah ini dalam nenentukan visi ini menjadi realiti. Bercakap memang mudah, tetapi pelaksanaanya amatlah berat. Prinsip kerja kurang bercakap banyakkan kerja yang telah saya amalkan dalam tugas akn diterapkan. Kejayaaan sepenuhnya bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan guru dalam merealisasikan visi sekolah ini. Pelajar Sekolah Kebangsaan Polis Depot khasnya dan para pelajar yang dihormati sekalian. Patuhilah segala pesanan guru serta insafi diri terhadap ibubapa yang telah membesar dan mendidik anda sehingga menjadi seorang manusia. Saya mendoakan kepada Ilahi agar anda menjadi pelajar cemerlang, pemimpin gemilang dan individu terbilang. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK yang terlibat secara langsung ataupun tidak serta pelayar internet yang budiman. Semoga pertemuan ini membuka lembaran baru dalam mengenali diri saya. Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk iti dari kelemahan diri saya sendiri. Wabilahitaufik Walhidayah. Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |
||||||||||